Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.
Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang
dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani
berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai. Mereka juga mejalankan
pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum
murut sudah ada yang berkhidmat dalam sektor awam dalam bidang
pendidikan, kesihatan dan pertahanan.
Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di
lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di
beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang,
Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau
Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut
Serundung. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di
Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di
Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa
tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Ini disebabkan
faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.
Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran
dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka
tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga.
Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan
secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat
perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya.
Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi
bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang
di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.
Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas,
Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan
lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun
yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi.
Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang
berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga
tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun
demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang
diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang
mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.[1]
No comments:
Post a Comment